Pagi ini lebih kurang jam 7.00 pagi diadakan bacaan Yassin dan Tahlil arwah. Majlis ini diadakan di dewan makan hotel. Ramai jemaah yang hadir untuk meraikan majlis, bacaan Yassin dan Tahlil dipimpin oleh Ust. Yusof iaitu ketua mutawwif di Mekah. Majlis selesai jam 9.30 pagi. Sebelah petangnya tiada atur cara khusus untuk jemaah, cuma jemaah bebas membeli belah dan beribadah di Masjidilharam.
Ust. Yusof memberikan tazkirah sebelum majlis bacaan Yassin dan Tahlil diadakan |
Hari ini jemaah bebas untuk membeli belah sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air nanti dan memperbanyakkan ibadah di Masjdilharam. Jemaah diingatkan supaya tidak membawa duit yang banyak ketika pergi membeli belah sekadar secukupnya sahaja. Jemaah harus berhati-hati, di sini pun ramai penyaluk saku selalu mencari mangsanya yang lalai. Begitu juga ke Masjdilharam bawalah sekadar 10 RS atau 5 RS sahaja cukup untuk membeli air buah atau air krim dalam perjalanan pulang dari solat, selebihnya tinggalkan di bilik dalam beg besar, dikunci. Insya-Allah selamat. Di Mekah jemaah perempuan digalakkan untuk solat jumaat di Masjdilharam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan