
Dalam diam tak diam kita telah masuk hari ke 21 Ramadan hari ini (31 Ogos 2010), bermakna kita telah mengerjakan ibadah puasa selama 21 hari. Dalam masa 9 hari lagi Ramadan yang penuh barakah ini akan berlalu meninggalkan kita. Aku merenung kembali, apakah puasa yang aku laksanakan ini termasuk dalam tingkat Puasa Paling Istimewa (Puasa Khusus al-Khusus) iaitu merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah yang aku harapkan, kerana kedudukannya tertinggi di sisi Allah SWT. Dengan baki Ramadan yang ada ini marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita kepada Allah SWT semoga kita mendapat balasan berlipat kali ganda daripada-Nya. Dan berusaha mencari Lailatul Qadar malam lebih baik daripada 1000 bulan yang dianugerahkan kepada kita oleh Yang Maha Esa. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Nya. Kerana kita tidak pasti, adakah kita akan bertemu kembali pada Ramadan yang akan datang?. Oleh itu, aku berdoa agar dipanjangkan umur, disihatkan badan dan dimurahkan rezeki, supaya dapat bertemu lagi Ramadan akan datang yang penuh kenikmatan ini. Dan dapat beramal dengan sebaik-baiknya, dalam perjalanan menuju ke alam yang kekal abadi. Sesungguhnya di sini....aku hanya seorang hamba kembara di Tanah Gersang mengutip buih-buih cinta untuk dibawa pulang bersama payung rahmat Ilahi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan