MARHABAN PERINGKAT ADUN PANDAN
Pandan, Kuala Lumpur, 1 Ogos 2010 (Ahad): Biro Agama dan Kebajikan JKKK dan Biro Muslimah Masjid Nurul Hidayah telah berjaya menganjurkan Pertandingan Marhaban Peringkat ADUN Pandan bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Pandan Dalam, bersebelahan dengan Masjid Nurul Hidayah. Pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala ADUN Cempaka. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Ir. Iskandar bin Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Pertandingan kali ini khusus untuk muslimah telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat, sebanyak 6 kumpulan telah mengambil bahagian. Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan persembahan 2 buah lagu nasyid oleh kumpulan nasyid Rayyan, iaitu Perjalanan dan Kembara Di Tanah Gersang.

Menikmati jamuan bersama YB Tuan Ir. Iskandar selepas majlis perasmian, kami amat kagum dengan sifat kesederhanaan yang ditunjukkan oleh YB Tuan Ir. Iskandar.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan