
Zakat Fitrah (zakat badan) yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadan mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
Nabi S.A.W. bersabda menerusi riwayat Ibn Umar, maksudnya:
"Rasulullah S.A.W. telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas orang yang merdeka, hamba sahaya lelaki, perempuan dan kaum Muslimin."
WAKTU DAN HUKUM MEMBAYAR ZAKAT FITRAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- DIBOLEHKAN - Dari awal Ramdan sehingga akhir bulan Ramadan.
- WAJIB - Selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
- AFDAL - Selepas solat Subuh sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri.
- HARAM - Selepas solat Hari Raya Aidilfitri (dikira sedekah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan