RUMAH ANAK YATIM JOHOR, ACEH (RAYJ)
CATATAN 15 MAC 2010, 2.00 PETANG
Encik Ghapar (ketua delegasi kami), telah menyatakan hasrat beliau kepada saya agar kami dapat melawat rumah anak-anak yatim di sini. Terutamanya anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa akibat bencana tsunami di Aceh, yang mana kami boleh menghulurkan sedikit sumbangan dan bantuan buat mereka. Dengan bantuan urus setia LaSQI, kami dibawa melawat ke Rumah Anak Yatim Johor y
ang terletak di Desa Ajun Jeumpet, Banda Aceh. Asrama RAYJ ini telah dibuka pada Oktober 2005 yang menjadi saksi antara sumbangan kerajaan Johor yang berterusan buat anak mangsa bencana alam dan negara jiran dibina di atas tanah wakaf berkeluasan 1,183 meter persegi. RAYJ ini menempatkan 38 orang anak yatim lelaki sahaja di sekitar Aceh. Anak yatim di sini dijaga dan dididik pengasuh tempatan terlatih yang mendapat pendedahan dan latihan mengenai penjagaan anak yatim dibeberapa AAYJ di Johor. Anak Yatim yang diterima di sini berusia antara lapan 8 hingga 10 tahun selepas bencana tsunami, kini mereka semua sudah menjangkau usia belasan tahun, malah turut cemerlang dalam pendidikan dan agama. Menurut Pengetua RAYJ, kerajaan Johor turut membawa kaunselor dan guru dari Malaysia untuk memberi pendedahan dan kaunseling kepada anak-anak yatim di sini, malah ada diantara mereka dibawa ke Malaysia bagi melihat sendiri sistem pendidikan dan penjagaan anak yatim di Johor.
Kedatangan kami disambut dengan alunan selawat oleh anak-anak yatim, hati mana yang tersentuh?, kami juga dihiburkan persembahan lagu-lagu nasyid oleh anak-anak ini. Bagi menghiburkan mereka Rayyan turut serta dalam persembahan ini dengan membawa lagu Selawat Nabi. Kami tinggalkan RAYJ dengan rasa sebak, diiringi doa agar anak-anak ini beroleh perlindungan Yang Maha Esa. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan