CATATAN 12 MAC 2010

Rombongan kami seramai 9 orang bertolak dari DBP ke LCCT lebih kurang jam 8.45 pagi dengan menaiki Pajero DBP dan 2 dua teksi yang disewa khas. Sampai di LCCT pukul 9.30 pagi dan terus proses pendaftaran masuk yang diuruskan oleh Sdr. Razid. Selepas selesai proses pendaftaran masuk kami sarapan pagi di salah sebuah restoran yang terdapat di LCCT. Saya dan Cikgu Mahzan makan nasi lemak dan air meniral aje, harganya agak mahal. Jam 12.55 tengah hari berlepas ke Bandar Aceh dengan pesawat AK 305. Penerbangan ke Banda Aceh mengambil masa satu jam tiga puluh minit. Saya mendapat tempat duduk di sebelah tingkap. Dalam penerbangan kami tidak banyak berbicara, cuaca hari ini baik tetapi agak berawan itu yang dimaklumkan oleh Juruterbang. Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Aceh tepat jam 1.30 petang (waktu Aceh).

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Mudah disambut oleh beberapa orang pegawai DPW LaSQI Aceh, dan terus dibawa ke tempat penginapan di Asrama Haji Banda Aceh. Dalam perjalanan ke tempat penginapan kami sempat singgah ke kawasan
perkuburan mangsa tragedi tsunami. Yang mana dimaklumkan lebih kurang 50,000 mayat telah disemadikan di sini dalam satu lubang perkuburan yang besar. Sampai di tempat penginapan pukul 2.30 petang, kami dihidangkan makanan tengah hari masakan Aceh. Petangnya akitiviti bebas, makan malam jam 8.00 malam dan membuat latihan vokal ringan di tempat penginapan. Selamat malam.

Rombongan kami terdiri daripada:
- Abdul Ghapar bin Haji Abdullah - Ketua Dalegasi
- Haji Mahzan Manan - Pencipta/Penggubah lagu/Pembimbing
- Abu Bakar bin Haji Buyong - Ketua Kumpulan
- Razid Sahran
- Mohd Fadzli Haji Tajuid
- Nasarudin Nasir
- Mohd Rizan Yusof
- Mohd Zamri Haji Abdul Hamid
- Haji Jalidar Abdul Rahim - Penyelaras
Tiada ulasan:
Catat Ulasan