
CATATAN 14 MAC 2010
Memang menjadi tanggungjawab seorang ketua mempastikan semua persiapan persembahan telah dibuat sebaik mungkin. Kerana penampilan kali ini agak berbeza di mana kami membawa imej DBP dan juga negara, ke peringkat antarabangsa. Saya selalu memberikan ingatan kepada rakan-rakan sepejuangan, kita mesti mempunyai prinsip 'menjadi yang terbaik' di mana jua kita berada.
Kami sarapan pagi hari ini awal sedikit iaitu pukul 7.30 pagi, selepas sarapan kami bertolak ke Dewan Kebudayaan, di Anjong Mon Mata di mana tempat berlangsungnya festival. Kami menaiki van kedutaan I
ndonesia yang dihadiahkan oleh pihak kedutaan Indnesia di Kuala Lumpur kepada pemerintah Aceh selepas berlakunya tragedi tsunami, pemandu mobil ini baik orangnya kerana sentiasa melayan karenah kami. Saya dan rakan rombongan di tempatkan di sebuah bilik menunggu. Ketibaan kam
i bersama VIP disambut dengan persembahan kebudayaan Aceh. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Qariah Aceh, Ucapan alu-aluan wakil LaSQI, Ucapan perasmian oleh wakil Gabenor Aceh. Kumpulan Rayyan dari KL membuat penampilan dengan 2 buah lagu (Perjalanan dan Khazanah). Festival kali ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kanak-kanak, remaja dan dewasa.


12.00 tengah hari kami diundang ke majlis Jamuan Makan Tengah hari di kediaman rasmi Wakil Gabenor Aceh. Majlis penutupan festival disempurnakan oleh Timbalan Gabenor Aceh, Bapak Muhammad Nazar, jam 1.00 pagi (waktu Malaysia). Rayyan tampil dengan 2 buah lagu (Kembara di Tanah Gersang dan Ummah Khalifah). Penampilan Rayyan telah mendapat pujian Bapak Wakil Gabenor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan