UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Ahad, 21 Jun 2015


MAKKAH: Projek fasa ketiga menaik taraf mataf, iaitu tempat tawaf bertingkat mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di sini, dijangka siap sebelum musim haji tahun ini.
Datuk Bandar Makkah, Dr Osama Fadl al-Baar, berkata apabila siap kelak, kira-kira 130,000 orang boleh mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah setiap jam, berbanding keupayaan mataf masa ini yang menampung kira-kira 70,000 orang sejam semasa musim haji, umrah dan 10 hari terakhir Ramadan.
Beliau berkata, projek berkenaan meningkatkan kapasiti mataf berbanding hanya 45,000 orang sejam sebelum struktur yang melingkari Kaabah itu dinaik taraf.
"Bermakna, kapasiti mataf bakal dipertingkatkan kepada dua orang setiap meter persegi, sekali gus membolehkan struktur itu menampung lebih ramai jemaah," katanya dalam sidang akhbar bersama media Malaysia di pejabatnya di sini, hari ini.
Turut hadir, Konsul Haji Tabung Haji (TH), Redhuan Sabaruddin.
Osama berkata, fasa menaik taraf mataf yang seterusnya dijadualkan siap pada tahun depan.
"Apabila projek pembesaran masjid tersebut siap, kira-kira dua juta umat Islam boleh mengerjakan solat dalam kawasan Masjidil Haram. Jumlah itu adalah peningkatan tiga kali ganda kapasiti Masjidil Haram berbanding sebanyak 600,000 jemaah sekarang," katanya.
Sementara itu, katanya, projek lain seperti transit aliran ringan Metro Makkah dan sistem pengangkutan awam yang lain termasuk bas dijadualkan siap secara berperingkat menjelang 2020.
Katanya, projek kereta api laju al-Haramain yang dijadualkan siap pada 2017 akan memendekkan masa perjalanan dari Madinah dan Jeddah menuju ke Makkah.
"Dari Madinah ke Makkah cuma mengambil masa dua jam manakala dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah ke Makkah pula hanya 30 minit," katanya.
- BERNAMA
sumber: BH 22 Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan