Terhad hanya 47 orang sahaja setiap penerbangan
Rabu, 31 Oktober 2012
Ahad, 28 Oktober 2012
Selasa, 23 Oktober 2012
SALAM AIDILADHA 1433H
Salam Aidilahda 1433H kepada semua pengunjung blog yang beragama Islam. Jangan lupa untuk kita berpuasa sunat hari Arafah esok 9 Zulhijah 1433H/25 Oktober 2012M. Sementara itu saudara kita yang mengerjakan ibadah haji akan berwukuf di padang Arafah, iaitu kemuncak ibadah haji.
![]() |
Dalam khemah di Padang Arafah pada musim haji 2006 |
Disunatkan agar kita yang tidak mengerjakan ibadah haji agar berpuasa sunat
padanya dan kelebihannya sangat besar. Antara kelebihan yang disebut oleh Nabi
sallAllahu `alaihi wasallam adalah seperti berikut:
1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ
الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa
setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”(HR Muslim)
2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala
kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. [baca sini]Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا
اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ,
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ
الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ
يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih
dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan
Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan
ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa
diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu
(syahid).”
(HR al-Bukhari)
3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari
api neraka.Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ
فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala
membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari
`Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.
Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan
supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari
tersebut.Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…
sumber: www.tranungkite.net
AIR TERJUN
Jumaat, 19 Oktober 2012
Khamis, 18 Oktober 2012
9 SEBAB HATI TIDAK TENANG
1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. HASAD DENGKI........
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. EGO.......Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
8. RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
sumber: melalui e-mail

PAKEJ UMRAH SV - 26 JULAI 2012
Sekitar perjalanan umrah Puan Hajah Rahmah dari Kuala Langat, Selangor dengan penerbangan Saudi Airlines (KLIA - Jeddah - Madinah - Mekah - Jeddah - KLIA) pada 26 Julai 2012 (awal Ramadan). Semoga Makcik Rahmah dikurniakan umrah Maqbullah.
Di Masjid Quba, Madinah |
![]() |
Bersama rakan umrah |
![]() |
Jabal Thur (kepala unta betina) |
![]() |
Bukit memanah di Jabal Uhud, Madinah |
![]() |
Mutawwif ustaz Muzakkir (vest biru) di Airport Haji Jeddah dalam perjalanan pulang Jeddah - KLIA 8 Ogos 2012 |
Rabu, 17 Oktober 2012
Isnin, 15 Oktober 2012
SALAM BAITULLAH 2012
Ikuti perkembangan semasa jemaah haji di Tanah Suci melalui siaran SALAM BAITULLAH DI TV1, setiap hari mulai 9.00 - 10.00 malam
AIDILADHA 2012
KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober,
demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed
Ahmad.
"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober, 2012" katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama

BBK Negeri Selangor 2012
MALAM BAHASA JIWA BANGSA
Nyanyian lagu rakyat Sarawak |
Gendang Melayu Sarawak |
Pada 8 Oktober 2012, jam 8.30 malam berkesempatan menyaksikan Malam Bahasa Jiwa Bangsa yang diadakan di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak bersempena Pelancaran BBK Peringkat Negeri Sarawak 2012. Program malam ini diisi dengan pelbagai persembahan membawa kita menghayati erti BAHASA JIWA BANGSA itu sendiri.
Khamis, 11 Oktober 2012
PELANCARAN BBK 12 SARAWAK
YB sedang melayari sistem Bahasa Sukuan |
Pelancaran BBK 12 Peringkat Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak, wakil YAB Ketua Menteri Sarawak pada 8 Oktober 2012, bertempat di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak. Dalam majlis ini telah dilancarkan Pangkalan Data Bahasa Sukuan entik Sarawak bagi memperkayakan kosa kata bahasa Melayu.
Rabu, 10 Oktober 2012
BERITA TERKINI
Berita Terkini Umrah Ziarah Istanbul, tidak lagi menggunakan bas untuk ke Singapura. Jemaah akan diterbangkan ke Singapura dengan menaiki penerbangan FIREFLY di Airport Subang. Jemaah akan berada di Istanbul selama 3 malam (lawatan) sebelum dibawa melaksanakan umrah dan ziarah di Kota Madinah.
Hubungi kami segera untuk tempahan.
Langgan:
Catatan (Atom)