UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Ahad, 29 Julai 2012

PANTASNYA MASA

Pejam Celik...kita sudah memasuki fasa ke dua Ramadan, pantasnya masa ini berlalu.   Diharapkan kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna di bulan penuh barakah ini. 

"Masa adalah kehidupan" itulah ungkapan yang pernah disebutkan oleh Syahid Hassan Al Banna  seorang tokoh mujaddid dan mujahid abad ke 20. Ada pepatah yang menyebutkan 'time is gold' iaitu 'masa adalah emas' tetapi emas masih boleh dibeli sedangkan kehidupan yang berlalu tidak akan diperolehi semula walaupun kita menangis air mata darah, walau kita gadaikan seluruh kekayaan yang kita ada.


Seorang hukamak menyebut 'umur yang panjang janganlah dipendekkan dengan tidur'. Bayangkan sehari kita tidur 12 jam, jika kita hidup hingga berusia 60 tahun jadi 30 tahun daripadanya kita telah habiskan dengan tidur. Alangkah ruginya....kehidupan di dunia sementara ini yang sepatutnya kita jadikan medan untuk mencari bekalan untuk kehidupan Akhirat yang kekal abadi terabai begitu saja.
Hassan Al Basri pernah menyebut "Umur adalah hari-hari yang terkumpul" apabila berlalunya satu hari maka terungkailah sebahagian daripada umur kita, dan masa yang berlalu itu tidak akan berulang kembali.

Yusuf al Qaradawi berkata "Sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas walaupun pada saat-saat bahagia kita rasakan seolah-olahnya masa begitu pantas tetapi ketika saat-saat kesedihan masa seolah-olahnya begitu lambat berlalu, pada hakikatnya masa itu terlalu pantas seperti awan yang berlalu" Alangkah ruginya mereka yang mensia-siakan tempoh kehidupan yang seketika ini sedang mereka akan menanggung akibat yang kekal abadi di Akhirat nanti. Bayangkanlah satu hari di Akhirat adalah seperti 100 tahun di dunia. Sanggupkah kita menempuh azab Neraka Allah walau sesaat.

Saya selalu berangan-angan kalau sekiranya saya dapat kembali ke zaman kanak-kanak...saya akan memanfaatkan setiap peluang dan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya...tetapi malangnya semua itu tidak mungkin akan berlaku. Seorang penyair Arab berkata melalui puisinya "Alaita as Syabab ya'uudul An - Alangkah baiknya kalau hari muda itu datang semula hari ini". Ketika itu dia sudah terlalu tua. Memang inilah fitrahnya manusia, kita sering menangisi masa silam yang suram, namun hari-hari yang sedang kita lalui tidak juga kita hiasi dengan amalan yang akan menjadi bekalan untuk hari esok.
Sebenarnya kehidupan kita hanyalah ada beberapa hari sahaja.
  • Semalam - ianya terlalu berlalu pergi tidak ada apa-apa yang boleh kita lakukan melainkan penyesalan dan mengambil sebanyak mungkin pengajaran daripadanya.
  • Esok - semuanya belum pasti, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.
  • Hari ini - yang sedang kita hadapi dan merupakan peluang dan kesempatan untuk kita memanfaatkan sebaiknya.
Dan khazanah-khazanah untuk kita bina hari esok yang cemerlang berada di tangan kita hari ini iaitu peluang dan kesempatan untuk kita rebut sebaik mungkin. Sekiranya kita mengabaikan peluang dan kesempatan yang ada ini maka kita akan menjadi manusia yang bankrup di esok hari, yang lebih malang lagi kita tidak ada apa-apa untuk hari pertemuan kita dengan Allah SWT. 'Apa-apa' yang dapat menyelamatkan kita dari Azab Allah yang maha pedih.

Khamis, 19 Julai 2012

Rabu, 11 Julai 2012

JADILAH SEORANG YANG...

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah..

sumber: email daripada kawan

FIKIRKAN....

Yang singkat itu waktu
Yang menipu itu dunia
Yang dekat itu kematian
Yang besar itu hawa nafsu
Yang berat itu amanah
Yang sulit itu ikhlas
Yang mudah itu berbuat dosa
Yang susah itu sabar
Yang sering lupa itu bersyukur
Yang membakar amal itu mengumpat
Yang mendorong ke neraka itu lidah
Yang berharga itu iman
Yang mententeramkan hati itu teman sejati
Yang ditunggu Allah swt itu TAUBAT.

(Imam Al-Ghazali)

Isnin, 9 Julai 2012

MERINDUI MUSIM HAJI 2006

perkhemahan jemaah haji di Mina
tempat melontar Jamrat di Mina
gambar kenangan di Arafah waktu pagi cuaca agak sejuk
ayahanda di Mina bersama rakan sebilik
bersama bonda di Mina...beli buah tangan untuk keluarga
bonda..wukuf di Arafah 9 Zulhijah
Jabal Nur, Mekah
bersama ayahanda dan bonda di Jabal Rahmah
perkataan ALLAH tertera di awam....gambar diambil di Jabal Nur
 sesi ziarah selepas haji

Ahad, 8 Julai 2012

RENUNGAN...

Jadikanlah yang tebal itu iman
yang nipis itu lidah
yang tajam itu akal
yang lembut itu hati
yang ringan itu solat
yang berat itu pahala
yang halus itu ilmu
yang manis itu senyuman
yang tenang dan bahagia itu kemaafan